Term And Condition

1. Pengenalan Program Golden Egg Nest (GEN) :


1.1 Program GEN adalah sebuah program yang dibuka kepada ahli yang telah berdaftar dibawah Angsa Emas Jewellery sahaja.

1.2 Emas yang hendak dikumpul atau disimpan melalui Program GEN hanya boleh dibeli melalui Laman Web platform E-Dagang Angsa Emas Jewellery.

1.3 Program GEN bukanlah sistem simpanan wang dan program GEN adalah mengikut prinsip Shariah berdasarkan konsep Al-Bai'.   Ia adalah program dimana setiap ahli yang berdaftar boleh membeli emas dengan ketulenan 916 (Emas 91.6%) dengan berat serendah 0.50g dan kenaikan 0.50g (cth; 0.50g, 1.00g, 1.50g, 2.00g dan seterusnya).

1.4 Setiap gram emas yang dibeli melalui Program GEN disokong oleh emas fizikal dengan ketulenan 916 dalam bentuk bar emas sahaja. Emas yang disimpan di peti keselamatan akan dileburkan dan ditentukan pemilikannya setiap kali dibeli oleh pelanggan. Penghantaran akan dilakukan jika diminta oleh pelanggan.

1.5 Para pelanggan boleh melihat pembelian dan transaksi yang dibuat di Program GEN pada Laman Web dengan log masuk ke akaun mereka. Setelah selesai pembelian emas, pelanggan akan menerima resit rasmi melalui GEN sisyem E-Dagang Angsa Emas Jewellery.

1.6 Emas yang dibeli melalui Program GEN boleh digunakan untuk menebus dengan stok emas fizikal 916  sedia ada melalui cara 'trade in' di kedai Angsa Emas Jewellery atau Laman Web platform E-Dagang. Emas ini tidak boleh ditukar dengan wang.

1.7 Emas yang dibeli melalui Program GEN tidak boleh ditukar atau dipindah milik kepada ahli lain.                 

1.8 Emas GEN yang dibeli oleh pelanggan akan disimpan oleh AEJ berdasarkan prinsip Wadiah Yad Amanah dengan persetujuan pelanggan.

1.9 Setelah semua emas GEN yang terkumpul di peti besi telah dibeli, sistem akan membatalkan setiap transaksi pembelian emas GEN yang baru sehingga AEJ menambah emas baru sebagai emas GEN di dalam peti pesi atau mana-mana emas GEN yang telah ditebus.


2. Penebusan Emas GEN :


2.1 Emas yang terkumpul melalui Program GEN  boleh digunakan untuk menebus barang kemas fizikal melalui cara 'trade in'  untuk emas yang terdapat di kedai Angsa Emas Jewellery dan Laman Web platform E-Dagang Angsa Emas Jewellery.

2.2 Berat penebusan 'trade in' adalah berdasarkan nisbah 1:1. Ini bermaksud 1.00g GEN adalah bersamaan dengan 1.00g barang kemas fizikal berketulenan 916.

2.2.1. Semasa proses penebusan, terdapat 2 akad yang terlibat

1) Penjualan emas yang dibeli oleh pelanggan melalui GEN kepada AEJ (beli semula)

2) Pembelian emas perhiasan oleh pelanggan daripada AEJ

2.3 Senario dibawah mungkin boleh berlaku semasa proses menebus GEN:


Berat GEN yang dibeli SAMA DENGAN berat barang kemas yang ditebus

Berat GEN yang dibeli KURANG daripada berat barang kemas yang ditebus

Berat GEN yang dibeli LEBIH BESAR daripada berat barang kemas yang ditebus

Pelanggan boleh menebus emas tanpa kos tambahan

Pelanggan dikehendaki untuk membayar penambahan berat dari emas yang dibeli mengikut harga emas harian semasa.

Pelanggan boleh menebus emas tanpa kos tambahan
Untuk barang kemas yang mempunyai kos upah tambahan, pelanggan perlu menambah bayaran untuk kos upah.
Untuk barang kemas yang mempunyai kos upah tambahan, pelanggan perlu menambah bayaran untuk kos upah.
Untuk barang kemas yang mempunyai kos upah tambahan, pelanggan perlu menambah bayaran untuk kos upah.


Baki GEN selepas membuat tebusan akan direkod dan boleh digunakan untuk ditebus lagi pada masa akan datang.


2.4 Selepas penebusan, GEN yang terkumpul akan ditolak berdasarkan berat emas yang telah ditebus atau dijual.

2.5 Para pelanggan boleh memeriksa baki berat emas yang dikemas kini dengan log masuk ke akaun GEN di Laman Web platform E-Dagang Angsa Emas Jewellery.

3. Tempoh Matang GEN :


3.1 Setiap gram GEN yang dibeli mempunyai tempoh matang 1 minggu. Tiada penebusan berlaku dalam 1 minggu dari tarikh pembelian.

3.2 Walau bagaimanapun, setiap gram GEN yang telah dibeli pada tarikh yang lebih awal dan telah mencapai proses matang dapat digunakan untuk menebus barang kemas fizikal pada bila-bila masa tertakluk pada waktu operasi kedai Angsa Emas Jewellery.

4. Lain-lain :


4.1 Dengan membeli emas melalui program GEN, pelanggan sudah bersetuju dengan terma dan syarat di atas.

4.2 Angsa Emas Jewellery tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang timbul daripada salah faham pada terma dan syarat di atas.

1. Introduction :


1.1. GEN Program is a program opened to all registered members of Angsa Emas Jewellery only.

1.2. The gold under GEN Program can only be purchased through Angsa Emas Jewellery's Ecommerce website only.

1.3. GEN program is not a money depository system and GEN program conforms with Shariah principle regular Bai’ concept. It is a program where any registered members can purchase 916 gold (91.6% gold) with the weight as low as 0.50g, and with the increment of 0.5g. (i.e 0.50g, 1.00g, 1.50g, 2.00g, and so on)

1.4. Every gram of gold purchased though GEN Program is supported by physical gold with only purity of 916 in form of gold bar. All gold stored separately in safe box will be melted to ascertain its ownership and can be delivered upon request.

1.5. Customer can monitor the purchase & transaction history of the GEN Program at the website by login into own account. Upon completion Gold purchase transaction, customer shall receive the transaction receipt via GEN system in e-commerce website.

1.6. The gold purchased through GEN Program can be used to redeem with any ready-stock physical 916 gold via trade in mechanism at any Angsa Emas Jewellery physical store or E-commerce website. It cannot be traded for money.

1.7. The gold purchased through GEN Program cannot be traded with or transfer to other members.

1.8. GEN Gold purchased by client will be keep by AEJ based on Wadiah Yad Amanah concept upon consent by Customer.

1.9. Upon all cumulative GEN gold in the vault has been purchased, the system shall be able to nullify or cancel every upcoming GEN gold purchase transaction until AEJ add additional new gold bar as GEN gold reserving in the vault or any GEN gold has been redeemed.

2. GEN Gold Redemption :


2.1. The accumulated gold purchased through GEN Program can be used to redeem via trade-in mechanism the physical jewellery available at Angsa Emas Jewellery store and e-commerce website.

2.2. The trade-in redemption weight is based on one-to-one basis. This means that 1g of GEN is equal to 1g of physical 916 jewellery.

2.2.1 During redemption, there will be 2 akad involved
1) The selling of gold purchased by customer through GEN to AEJ (buy back)
2) Purchase of jewellery by customer from AEJ
2.3 Scenarios below may exist during redemption process:

The weight of GEN purchased EQUAL to weight of jewellery redeemed
The weight of GEN purchased is LESS than weight of jewellery redeemed
The weight of GEN purchased is GREATER than the weight of jewellery redeemed
Customer can redeem without any extra cost.
Customer need to pay the additional weight from chosen jewellery at the current daily price.
Customer can redeem without any extra cost.
For the jewellery with extra workmanship cost, customer need to pay additional workmanship cost.
For the jewellery with extra workmanship cost, customer need to pay additional workmanship cost.
For the jewellery with extra workmanship cost, customer need to pay additional workmanship cost.


The GEN balance after redemption will be recorded and can be redeemed in the future.


2.4. After redemption, the accumulated GEN will be deducted based on the weight redeemed or sold.

2.5. Customer can check the updated weight balance by login their GEN account at the ecommerce website

3. GEN Maturity Period :


3.1. Every gram of GEN purchased has a maturity period of 1 week. No redemption valid within 1 week from the purchased date

3.2. However, every gram of GEN that has been purchased at earlier date and has reach its maturity process can be used to redeem once reach the maturity period, customer can use their purchased gram in GEN and redeem with physical jewellery via trade-in mechanism in any time during Angsa Emas Jewellery store operation hour.

4. Other :


4.1. By purchasing the gold using GEN Program, customer is already agreed to the terms and conditions above.

4.2. Angsa Emas Jewellery shall not held any responsibility for the problem arise from the misunderstanding of the terms and conditions above.